“Masalahnya memang susah la nak elak dari mengenakan minah tak cukup umur tu. Kau pun tau aku ni macam mana kan?” Iskandar memandang tepat mata Aidil. Budak depan aku ni macam tak paham pulak perangai aku, padahal dah dekat enam tahun kenal aku. Tangannya pantas mencapai botol air pepsi disebelahnya tadi lalu terus diteguk air itu dengan rakus. Mata Aidil yang sedari tadi tidak lepas memandangnya terbeliak. Apahal la pulak mamat ni. Iskandar mengangkat keningnya sebelah tanda tidak faham dengan reaksi Aidil. Salah ke cara aku minum air ni? Tangan Aidil yang menunjuk kearah botol pepsinya itu menarik perhatiannya. What the?!
“AAA!!!!!” jeritan Iskandar jelas kedengaran.
“Yes! I told you already don’t mess up with me bro” Shuhaieza sudah tergelak besar. Boleh tak kalau aku nak berguling kat sini? Muka Maya yang sedang menahan gelak itu dipandangnya tetapi muka itu cepat berubah menjadi muka yang bagaikan ingin terbenam kedalam tanah, kalau boleh sedalam yang mungkin. Ahh sudah! Kenapa si Maya ni muka cuak habis ni? Apa yang kau pandang tu Maya? Macam gaya Abang nampak babah bila kantoi buat jahat. Jangan cakap kita kantoi Maya oii. Shuhaieza memalingkan kepalanya kearah di mana mata milik Maya terpaku. Damn! Busted! Anak mata hijau milik Iskandar tepat mengenai anak mata hazel miliknya. Dah gaya nak keluar laser Ultraman dah mamat ni.
Iskandar mula menapak selangkah demi selangkah menghampiri kereta Waja En. Hamdan. Kau memang saja cari nahas minah tak cukup umur. Pandangannya masih tidak lari dari mata Shuhaieza. Dilihatnya Shuhaieza dan Maya berdiri perlahan-lahan. Kau memang cari bahan nak pekena aku ye minah tak cukup umur. Nanti kau aku kena kan balik. Iskandar menapak sehingga betul-betul menghadap Shuhaieza. Aidil di belakangnya sudah pucat. Apa yang kau nak buat dengan Haieza tu Is? Jangan buat benda yang bukan-bukan sudah la, dalam sekolah ni. Iskandar memandang tepat keanak mata Shuhaieza.
Apa hal pulak mamat ni makin dekat dengan aku ni? Mati aku, dah la kat sekolah ni. Tu la kau Ijai, nak sangat pekena budak Is ni kan dah haru jadinya. Shuhaieza sudah bersandar di pintu kereta waja En. Hamdan. Iskandar dilihatnya semakin dekat dengan tubuhnya yang langsing itu. Ahh sudah! Apa mamat ni nak buat ni?
Iskandar menarik senyum nakal. Pantas tangannya diletakkan di kereta Waja tersebut menyebabkan Shuhaieza terperangkap ditengah-tengah. Belakang kereta, depan Iskandar, kiri kanan tangan sasa milik Iskandar. Hehe, mana kau nak lari? Aku nak tengok apa yang kau boleh buat bila jadi macam ni.
“You’re going way too far Dieana Shuhaieza Wilson…” Iskandar masih tidak melarikan anak matanya dari wajah Shuhaieza. Suara Iskandar begitu perlahan seakan-akan berbisik di telinga yang diselindungi oleh tudung yang dipakainya. Iskandar masih tidak mengalihkan tangannya. Aidil dan Maya hanya memandang dengan mata yang buntang. Apa dah jadi? Iskandar ni betul-betul dah gila agaknya.
What the hell is going on here? He’s really out of his mind! Dah tak betul agaknya mamat ni, mesti sebab minum air cicak getah tadi tu tak? Tapi yang aku tiba-tiba berdebar tak tentu pasal ni apahal pulak?
“Excuse me, but I think you’re a little bit too close. Hands off bro!” nada suaranya dikeraskan sedikit bagi menyedarkan Iskandar yang bagaikan tidak mahu menurunkan tangannya semula. Apasal mamat ni makin dekat ni, ke perasaan aku aje? Shuhaieza sudah tidak keruan.
“Herm, if I don’t want to…what do you wanna do to me? I guess nothing at all aren’t you?” Iskandar masih memandang Shuhaieza. Aish, seronok pulak tengok muka gelabah minah ni, bukannya selalu dapat tengok. Dia menarik senyuman mengejek.