Everything Happens for A Reason

We didn't realize what's causes to something...but surely do, life that you already expected is such a hell...so be my guest, explore your life...accept your destiny...embrace your fate...(^_^)v

Sunday, September 4, 2011

Bab 1

Awana 2002

Dieana Shuhaieza, nama secantik orangnya. Kadang-kadang boleh tercabut semua rambut yang ada semata-mata melayan karenah minah sorang ni, tapi aku suka. Tak tau kenapa, tapi yang pasti, I like her…deffinately.
BAM!
Hentakan yang agak kuat diatas meja pemuda yang sudah pasti bukan dikelas mindanya itu mengejutkan semua orang yang berada didalam kelas 5 A1 Tulen. Semua mata memandang tepat kearah mereka berdua, mungkin terganggu dengan bunyi hentakan sebentar tadi.
“Hoi mangkuk! Apa kena dengan kau ni hentak sana, hentak sini. Buang tebiat ek?”
Jerkahan pemuda itu hanya dibalas dengan sengihan panjang oleh si penghentak buku. Dia mengambil tempat disebelah sahabat baiknya yang dikenali sejak mereka dibangku sekolah rendah lagi. Semua yang memandang sebentar tadi hanya membiarkan dan menyambung semula kerja yang terganggu.
 “Ala bro, lepak la…itu pun nak sentap. Kau ingat sape? Jauh gila termenung sampai aku yang panggil kau macam nak tercabut anak tekak kau buat dek je, itu yang aku bagi surprise sikit…hehe.”
Aidil memandang tepat kearah anak mata sahabatnya itu. Warna hijau, seakan-akan hijau lumut. Jarang ada anak melayu yang memiliki warna mata seperti sahabatnya di Malaysia ni. Mungkin kerana sahabatnya itu anak kacuk. Tengku Fitri Iskandar. Nama aje sudah memikat ramai orang inikan pula wajah kacuknya yang menjadi idaman setiap gadis, dengan ketinggiannya 195 cm itu sudah cukup membuatkan semua gadis menoleh berkali-kali kearahnya. Ya, setiap gadis kecuali seorang gadis yang entah kenapa cukup anti dengan Iskandar, Dieana Shuhaieza Wilson. Hanya gadis itu yang menolak untuk bersahabat dengan Iskandar. Pelik tapi benar. Gadis itu memang menarik minat semua penghuni di Awana lagi-lagi golongan kaum Adam sejak awal tahun sesi persekolahan ini bermula. Pelajar yang baru berpindah ke Awana. Apa yang menarik minat penghuni-penghuni Awana ni ialah ketinggiannya yang jarang-jarang gadis melayu miliki, mungkin disebabkan dia juga anak kacukan. Kalau nak dibandingkan, ketinggiannya dan Dieana Shuhaieza hampir sama. Pernah dia mengambil kesempatan berdiri disebelah gadis itu. Ketinggiannya sekarang 177 cm. Shuhaieza pula mungkin kurang 2 inci darinya. Memang tinggi. Lagi satu, wajah pan-asianya. Memang cukup sempurna. Ramai juga pelajar lelaki yang cuba menarik minat Dieana Shuhaieza namun hanya ditolak mentah-mentah. Bukan sombong, tapi jelas kelihatan yang gadis ini tidak berminat dengan perkara-perkara sebegini…yang berkaitan dengan hati dan perasaan. Dieana Shuhaieza memang lain dari perempuan-perempuan lain yang pernah ditemuinya sebelum ini, she’s the ice princess. Ice, cold…and heartless. Mungkin sebab itu Iskandar amat gemar mengusik si empunya diri.
“Oit! Cakap orang, dia pun mengelamun sama tak ingat pulak. Aku tak ingat sape-sape la. Kau dari mana ni?” Mamat ni memang tak boleh tengok aku senang sikit. Nasib baik tak terkeluar nama si Shuhaieza tadi, kalau tak memang haru la hidup aku kena gula dengan budak Aidil ni. Buku Sejarah yang berada ditangan dibaca semula. Cermin mata jenama louis dibetulkan diatas batang hidungnya.
“Aku dari library tadi cari info sikit, tahun ni kan SPM so kena la rajin sikit. By the way, petang ni ada latihan basket tau, jangan tak datang pulak. Kau tu captain pasukan.” Hilang semua angannya akibat sergahan Iskandar tadi. Buku yang digunakan untuk menghentak meja Iskandar tadi dicapai dan di belek semula. Mak aiih, mati aku nak baca buku ni. Baling anjing pun boleh mati binatang tu.
Belum sempat ayat Aidil dibalas, matanya terpaku kearah pintu masuk kelas. Kelihatan beberapa orang murid perempuan masuk ke dalam kelas dan matanya pantas menangkap sesusuk tubuh yang amat dikenalinya itu. Uiih, musuh aku. Macam mana nak kena kan minah ni ek? Ha! Tak sia-sia aku beli menda alah ni kat pasar malam semalam. Habis la kau Shuhaieza, hehe.
Anak mata Shuhaieza pantas menangkap sengihan nakal Iskandar. Ada la dia nak mengenakan aku ni. Tak pe, wait and see. Kena prepare siap-siap mana la tau ada ambush nanti. Beruang kutub yang seekor ni tak boleh dipercayai. Shuhaieza masih meneruskan langkahnya. Matanya sesekali menjeling kearah Iskandar yang sedang mengeluarkan sesuatu dari dalam beg sekolahnya. Tanpa sebarang signal, Iskandar melemparkan sesuatu kearah Shuhaieza dan pelajar perempuan yang sedang melangkah masuk tadi. Terdengar jeritan kecil yang terlepas dari salah seorang daripada mereka. Yes, yes, yes! Kena kau Shuhaieza. Tapi rasa gembiranya tak lama. Shuhaieza sedang berdiri lima langkah betul-betul bertentangan dengan mejanya sambil memegang ular getah yang dilemparnya tadi bagi menakutkan gadis itu. Nampaknya aku yang terkena balik ni. Boleh pulak dia sambut ular mainan tu, brutal sungguh. Apa yang minah ni takut sebenarnya? Pelik betul la. Jarang perempuan tak takut dengan ular getah ni. Gagal lagi rancangan aku kali ni.
Don’t even think about it bro. Setakat ular getah macam ni, you can do better you know?”
Shuhaieza melemparkan semula ular getah itu kepada Iskandar. Aidil yang berada disebelahnya hanya menahan ketawa yang ingin meledak keluar dari mulutnya. Nampaknya buku dah bertemu dengan ruas. Bukan calang-calang budak Shuhaieza ni. Iskandar hanya tersengih sambil tu disikunya Aidil yang berada disebelah. Tak pe, lain hari aku kena kan kau lagi. Shuhaieza dan yang lain bergerak kearah meja masing-masing. Pelajar perempuan yang lain hanya menggelengkan kepala. Faham benar dengan perangai Iskandar dan Shuhaieza. Dari awal tahun budak Shuhaieza tu masuk, tak habis-habis nak mengenakan antara satu sama lain.
Haha. Jangan harap kau nak kena kan aku. Ingat aku ni macam perempuan lain yang dok takut dengan barang mainan? In your dream la. Tapi geli gak tadi. Lembik gila, macam real je. Shuhaieza memandang tepat kearah Iskandar yang secara kebetulan memandang kearahnya. Mata hijau milik Iskandar bertemu tepat dengan anak mata hazel milik Shuhaieza.

+ apasal beruang kutub? Tak puas hati lah tu tak dapat kena kan aku…hehe
* gelak kau ek minah tak cukup umur…tak pe, banyak lagi cara aku boleh pakai  buat mengenakan kau wahai budak kecik.
+ Buat la, kau ingat aku heran? Puh-lease la, apa cara sekali pun yang kau bakal pakai lepas ni tak kan berguna…aku immune la dengan  menda-menda macam ni…
* okay, we’ll see about that…
+ We’ll see…muahaha

Otak mereka bagai berperang dalam senyap. Masing-masing mula merancang berbagai helah untuk mengenakan satu sama lain. Perhatian mereka di patahkan oleh kehadiran Cik Farazila, guru Bahasa Inggeris mereka.
“Iskandar, Shuhaieza… stop your brain war right now. We have lots of chapters that we need to revise for sure. Apa-apa hal sambung lepas ni okay? And please, keep the ‘snake’ Iskandar,
Iskandar dan Shuhaieza hanya tersengih apabila ditegur oleh Cik Farazila. Budak berdua ni, tak habis-habis berperang. Kalau macam ni hari-hari, kepala aku pun boleh botak dibuatnya.
 Cik Farazila ni, sporting habis. Tak pe budak kecik, tunggu la pembalasan dari aku…hehe. Ular mainan yang berada diatas mejanya diambil dan disumbatnya kedalam beg sekolah yang berada didalam laci meja.
All right, where did we stop yesterday?”