Everything Happens for A Reason

We didn't realize what's causes to something...but surely do, life that you already expected is such a hell...so be my guest, explore your life...accept your destiny...embrace your fate...(^_^)v

Saturday, November 19, 2011

Bab 2

“Kau biar betul Haieza, kalau kantoi dengan si Is tu mati la kita.” Maya yang duduk bertinggung disebelah Shuhaieza sudah gelisah. Ni memang kerja gila! Tak pernah dibuatnya aku berkomplot dengan minah kat sebelah aku ni buat jahat dekat anak orang. Dah la yang nak dikenakannya tu bukan anak sebarangan orang, entah taiko backstreet mana entah. Mati aku macam ni!
            Maya disebelah dipandang seketika. “Ala, lepak la. Chill babe, he’s not going to die anyway. I just wanna have some fun. That’s all. Lagipun mamat tu yang nak kenakan aku dulu kat dalam kelas tadi kan?” Shuhaieza membuat muka lima kupangnya. Haha, Maya mesti kesian bila aku buat muka lima kupang ni. Shuhaieza menyeluk poket baju kurung sekolahnya dan pantas digenggamnya erat benda yang sejak pagi tadi sudah bertapak dalam poket baju kurungnya itu. Aku la, susah betul bila minah ni start buat muka lima kupang dia tu…ada pakai ilmu ke apa minah ni? Buat muka sikit dah boleh pujuk orang nak buat jahat. Haieza….Haieza.
            Mereka sekarang sedang bersembunyi disebalik kereta Waja milik En. Hamdan,guru penolong kanan HEM. Sasarannya ialah air minuman milik Iskandar. Kebetulan Iskandar dan Aidil yang membelakangkan mereka sedang asyik berbincang tentang apa, tidak pula diketahuinya. Perlahan-lahan Shuhaieza menghampiri air botol pepsi milik Iskandar. Maya yang memerhatikan gelagat sahabatnya itu sudah berpeluh sejuk satu badan.
            “Kalau kantoi ni, memang nahas la aku…” pandangannya masih lagi tidak melepaskan tubuh badan Shuhaieza. Mintak-mintak la tak jadi apa-apa, doanya dalam hati. Mulutnya tidak henti-henti mengomel tanda tidak bersetuju dengan tindakan Shuhaieza namun dia tidak mengatakan apa-apa dihadapan sahabat baiknya itu kerana dia tahu puncanya memang dari Iskandar sendiri.
            Shuhaieza masih lagi berjalan itik kearah meja Iskandar dan Aidil yang sedang rancak berbual. Okay, where’s your drink polar bear. Make sure you don’t swallow this thing kay. Tercekik nanti aku yang nahas. Pantas tangannya mencapai air botol tersebut dan dimasukkan benda yang dipegangnya sejak tadi kedalam air botol itu. Setelah itu perlahan-lahan dia bergerak kearah Maya semula. Mujur sahaja posisi kedudukan Iskandar dan Aidil membelakangkan mereka. Okay now, we’ll wait. It’s now your turn to test your own medicine polar bear, hehe. Pandangannya tidak lepas dari Iskandar.